Posts

Showing posts from January, 2011

Hukum wanita haid memegang dan membaca al-Quran

Para ulama’ bersepakat mengatakan haram bagi seseorang yang berhadas besar membaca al-Quran. Ini kerana dalil di dalam masalah ini adalah kuat dan jelas. Manakala bagi perempuan haidh, mereka khilaf di dalam masalah ini kerana kelemahan dalil yang berkait dengan masalah ini. Jumhur ulama’ mengatakan haram bagi perempuan haidh membaca al-Quran: 1. Imam at-Termizi mengatakan bahawa itu adalah pandangan majoriti ahli ilmu di kalangan sahabat, tabien dan generasi sesudahnya. (Jami’ Usul  Jilid 7, ms 358 dan Bidayah Mujtahid Jilid 1 ms 56) 2. Imam al-Nawawi (ulama’ mazhab Syafie) mengatakan bahawa itu adalah pendapat yang diriwayatkan dari Omar, Ali dan Jabir r.a. dan juga pendapat al-Hasan al-Basri, Qatadah, Ato’, Abu al-Aliah, an-Nakhaie, Said bin Jubair, az-Zuhri, Ishak dan Abu Thur. 3. Imam Ahmad mempunyai dua riwayat di dalam masalah ini; pertama haram dan kedua harus. 4. Pendapat yang masyhur di dalam mazhab Syafie haram bagi perempuan haidh membaca al-Quran. Sebahagian u

Talaqi Al-Quran

Kelas Talaqi Al-Quran di Masjid Negri Shah Alam  Kelas Bilik 13 di bawah bimbingan Ustaz Nurul Hisham  telah bermula pada 3 Januari 2011. Matlumat lanjut seperti berikut: Jadual: 2 kali seminggu ( Setiap Isnin dan Rabu) Waktu: 8:00 malam hingga 10:30 malam Modul Pertengahan: Tilawah: Al-Quran Juzuk 1-15 Tajwid: 1. Pengenalan Ilmu Tajwid 2. Hukum & Cara Bacaan Al-Istiazah 3. Hukum & Cara Bacaan Al-Basmalah 4. Hukum nun dan mim bersabdu 5. Hukum mim sukun 6. Hukum lam ta'rif 6. Hukum lam pada lafaz al-jalallah