Posts

Hukum wanita haid memegang dan membaca al-Quran

Para ulama’ bersepakat mengatakan haram bagi seseorang yang berhadas besar membaca al-Quran. Ini kerana dalil di dalam masalah ini adalah kuat dan jelas. Manakala bagi perempuan haidh, mereka khilaf di dalam masalah ini kerana kelemahan dalil yang berkait dengan masalah ini. Jumhur ulama’ mengatakan haram bagi perempuan haidh membaca al-Quran: 1. Imam at-Termizi mengatakan bahawa itu adalah pandangan majoriti ahli ilmu di kalangan sahabat, tabien dan generasi sesudahnya. (Jami’ Usul  Jilid 7, ms 358 dan Bidayah Mujtahid Jilid 1 ms 56) 2. Imam al-Nawawi (ulama’ mazhab Syafie) mengatakan bahawa itu adalah pendapat yang diriwayatkan dari Omar, Ali dan Jabir r.a. dan juga pendapat al-Hasan al-Basri, Qatadah, Ato’, Abu al-Aliah, an-Nakhaie, Said bin Jubair, az-Zuhri, Ishak dan Abu Thur. 3. Imam Ahmad mempunyai dua riwayat di dalam masalah ini; pertama haram dan kedua harus. 4. Pendapat yang masyhur di dalam mazhab Syafie haram bagi perempuan haidh membaca al-Quran. Sebahagian u

Talaqi Al-Quran

Kelas Talaqi Al-Quran di Masjid Negri Shah Alam  Kelas Bilik 13 di bawah bimbingan Ustaz Nurul Hisham  telah bermula pada 3 Januari 2011. Matlumat lanjut seperti berikut: Jadual: 2 kali seminggu ( Setiap Isnin dan Rabu) Waktu: 8:00 malam hingga 10:30 malam Modul Pertengahan: Tilawah: Al-Quran Juzuk 1-15 Tajwid: 1. Pengenalan Ilmu Tajwid 2. Hukum & Cara Bacaan Al-Istiazah 3. Hukum & Cara Bacaan Al-Basmalah 4. Hukum nun dan mim bersabdu 5. Hukum mim sukun 6. Hukum lam ta'rif 6. Hukum lam pada lafaz al-jalallah

Hadith: Diangkat darjat dengan doa anak

Dari Malik dari Yahya bin Said bahawa Said bin Musayab berkata, sesungguhnya seseorang itu akan diangkat (darjatnya) dengan doa anaknya sepeninggalannya, seraya dia berisyarat dengan tanganya ke langit lalu mengangkatnya.

Hadith: Amalan yang berterusan

Image
Dari Aishah isteri Nabi SAW dia telah berkata, amalan yang paling disukai Rasullullah SAW yang berterusan oleh pelakunya.

Doa hari ini

Ya Allah, cukupilah aku dengan rezeki-Mu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram, dan kayakanlah aku dengan kenikmatan-Mu (hingga aku tidak minta) kepada selain-Mu.” (HR. at-Tirmidzi

Nikmat Lahir & Batin

RENUNGAN: NIKMAT LAHIR DAN NIKMAT BATIN Untuk perkongsian dan renungan bersama… Kesimpulan pengajian ‘Nikmat Lahir dan Nikmat  Batin’ (Al-Hikam) yang disampaikan oleh Ustz Ahmad Dasuki pada 23 Disember 2010 di Masjid Negeri Shah Alam. Ketaatan kepada Allah s.w.t mencakupi lahir dan batin.  Perbuatan lahir sesuai dengan tuntutan syariat dan perbuatan batin pula mengikhlaskan hati semata-mata kerana Allah s.w.t. Memelihara sempadan yang ditentukan oleh Allah s.w.t secara lahir dan batin menghasilkan takwa. Semulia-mulia hamba di sisi Allah s.w.t adalah orang yang paling bertakwa.  Apabila kita mengerjakan perintah Allah s.w.t dan menjauhkan larangannya bererti Allah telah menanugerahkan kita nikmat lahiriah dalam mentaatinya.  Pertalian antara lahir dan batin dalam melaksanakan ibadat adalah sangat penting demi kesempurnaan iman.  Lahir maksudnya melaksanakan perintah-perintah itu menurut syariat seperti ibadat solat terlihat pada takbir, berdiri, rukuk, sujud dan lain-lain rukun